Matlee CP Enterprise telah ditubuhkan bertitik tolak atas impian dan inspirasi daripada pengurusnya sendiri. Penubuhan syarikat ini juga atas kesedaran bahawa sektor perkhidmatan pelancongan dan rekreasi ini semakin diterima dan mula mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. Menyediakan perkhidmatan pelancongan dan rekreasi air yang lebih efisyen dan sempurna.

“Your Smile Our Best Returns” Bermatlamat agar para pelancong tempatan mahupun luar dapat melancong serta beriadah dengan selesa, sempurna dan ekonomis.

Thursday 27 March 2014

Penangguhan Program Joran Ria OneKuale

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya.
Dukacita dimaklumkan bahawa pertandingan memancing yang tersebut di atas telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Penangguhan ini di buat demi menghormati mangsa dan keluarga tragedi MH370. Ianya juga selari dengan keputusan dan hasrat kerajan negeri Perak dan kerajaan Malaysia.. Adalah diharapkan para peserta yang sudah mendaftar dan yang bakal mendaftar akan terus menyertai pertandingan ini apabila tarikh baru dimaklumkan. Sehubungan itu bersama-sama kita mendoakan agar misteri MH370 segera dirungkai serta keluarga dan waris yang terlibat cekal dan tabah atas dugaan Allah SWT ini.